Thursday, January 28, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME

Aku dapat email info health dari dept.head Pharmacy tempat aku kerja ni,tentang bayi.
Saja nak kongsi isi email tersebut dalam blog ni.
Baca elok-elok lah..

"Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang."




Health Info

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1.
   Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
   Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
   Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
   Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

So how ? Kalau ada yang nak betulkan info di atas ni amat di alu-alukan.Baby oh Baby.





 P/s :
(Cuba tengok baby ni.Uuuuiiiiiii..Penuh tu jari dengan emas .)



Wednesday, January 27, 2010

MARILYN MONROE MALAYSIA ?


Sorry fren.Bukan sesiapa pun.Adik aku lah.
Dia minat sangat dengan Marilyn Monroe.
Macam mana dia boleh kenal pun aku tak tau.
Hehehehe.Tapi yang best nya dia ni,kalau suruh pose on aje.hehehe.Sayang sangat kat dia.
Oke lah adik,jangan jadi Marilyn Mondok sudah.





Tuesday, January 26, 2010

TOP 10 PERFUME LIST


Top Perfume ni aku dapat dari internet dan aku tanya pada fren-fren aku.Kiranya ini adalah top list perfume international brand yang menjadi pilihan dan mampu di beli kalau kumpul duit.Kekekeke.Apa yang diorang suka pakai,ingin pakai dan sanggup spend sedikit untuk beli.Dan inilah diantara list perfume yang aku dapat.
 ~DOLCE & GABBANA - LIGHT BLUE
~KENZO - AMOUR
~BRITNEY SPEARS - WOMEN
~CHANNEL ~ NO 5
~CALVIN KLEIN - ETERNITY
~DAVIDOFF- COOL WATER
~SARAH JESSICA PARKER -LOVELY
~CACHAREL - AMOR-AMOR
~ESTEE LAUDER - BEAUTIFUL
~CAROLINA HERRERA - CHIC
PILIHAN SENDIRI 
KENZO - LEU PAR/FLOWER/AMOUR
STELLA MC CARTNEY - IN TWO PEONY
STELLA MC CARTNEY - STELLA
DOLCE & GABBANE - LIGHT BLUE
BODY SHOP - WHITE MUSK

Memang mujarab minyak - minyak di atas ni.
Aku juga turut memilih minyak atar , petrol dan minyak masak sebagai pilihan utama selain list di atas.

FOR MEN pula,
HUGO BOSS (macam biasa lah)
EGOIST - CHANEL
CK - OBSESSION
DAVIDOFF - COOL
DUNHILL - BLUE
So far,ini lah yang kebanyakan lelaki suka dan sanggup nak pakai.Tapi benda-benda di atas ni just survey suka-suka , bukan betul pun.Kalau silap sorry la.

Apa yang penting,apa-apa bau pun tak kisah,janji selesa.

Macam aku yang bergaji sederhana ni,kadang aku pakai cologne Ghonsons baby juga.Bila nak jalan-jalan ke , ada event ke baru sembur sikit.Sayang la weh.
Nak rasa perfume-perfume mahal selalu,singgah-singgahlah ke kiosk perfume yang ada kat shopping complex tu.Try la sampai pening.Jimat bukan?
Hahahahahahahaahahahahahahaha..

Nampak gaya macam nak beli.
Wekk...kitorang da balik.test je lah sampai pening dan juling..ahahahkk



Gambar kat atas ni perfume baru yang aku dah try.ahahakkk...bukan beli ea.
(Haaa...Yang ini baru iye.Iye iye aje..)
(Walaupun pergi tengok ikan,kena wangi-wangi tau.Mana tau terjumpa duyung jantan.hehehehe")Wassalam..



Kenangan masa tengok ikan kat Singapore.Haru biru mengalahkan kanak-kanak Ribena!











Monday, January 25, 2010

FENOMENA ADUKA TARUNA // YANG PERLU DI PAKAI KETIKA BERKABUNG

Macam yang semua maklum,kemangkatan Sultan Johor pada hari Jumaat lepas dan issue tentang si Aduka Taruna dan tempoh-tempoh berkabung bagi seluruh rakyat Johor tak kira, Melayu,Cina dan India.Nak cerita sikit...
Sekarang ni seluruh rakyat Johor yang lelaki muslim rata-rata aku nampak pakai songkok yang di lilit dengan kain putih manakala wanita pula pakai tudung atau selendang putih dan dengar cerita ia berkuat kuasa selama seminggu.Kalau di ingat balik,pagi Jumaat minggu lepas,hujan sampai aku malas nak pergi kerja.Rupa-rupanya............

Manakala bangsa lain yang bukan beragama islam kena lilit tangan ke lengan ke dengan kain hitam atau putih.Siapa yang tak pakai,..mmm...no comment.Responsibility sendiri.

Elakkan dari timbulnya issue macam kes Aduka Taruna.Semalam aku dengan mak uda aku baca paper then terbaca pasal ni.Kelam kabut kitorang cari kat internet sayangnya dia dah delete dan blog terbarunya ialah permohonan maaf secara terbuka.Tapi boleh cari dekat fbook , ramai yang dah copy die punya statement tu..errrr......SERAM.Sampai aku tak berani nak copy dalam blog aku.
Memang tak de sebut Sultan Johor melainkan "Datuk Bendahara" , tapi dia dah buat "permohonan maaf" means betullah..pssttt...kantoi..

Aku tak nak komen apa-apa tapi korang boleh baca komen orang lain pada blog dia.Hehehehehe...Seram.Naik bulu tengkuk.Tapi memang fenomena la sebab glamour sekelip mata.

Jadi,kepada fren-fren semua kalau nak keluar,pakai la tudung putih/selendang putih even kita pergi "mamam" kat kedai belakang sekalipun.Umi aku pesan "kalau kita berbuat baik,takkan rugi sesen pun,Janji jangan kacau orang" .
Hehehee..Sayang umi.


PEACE NO WAR.~Al fatihah...~







Monday, January 18, 2010

DAY DREAMER EPISODE 1: BILIK AIR DIKUNCI ?

Ahak..tak de apa pun sebenarnya.





Sorry..hehehehehehehe..Bagi yang mengetuk pintu toilet tadi,sebenarnya aku di dalam.Saje je diamkan diri.Kekekekekeekekeke..


Saturday, January 16, 2010

GAMBAR RAHSIA PERTUNANGAN EKIN

Bunyi macam gempak je!!Rahsia la.Ni snapshot camera Sony,bukan camera camerawoman.Ambil gambar secara rahsia la ni,tanpa diketahui camerawoman.Kekekeke.Pagi-pagi dah pergi Kg.Sentosa Pasir Gudang.Ekin,atau nickname nye Petir bertunang awini.

Di bawah ini lah Ekin..

Berebut2 nak masuk camera!


Ini lah lelaki BERTUAH nye..EN.Kalil.G.Luck bro.
Lepas majlis tamat,seperti biasalah ,aktiviti siapa Melantak paling lama di jalankan.Ade dua hidangan.Sedap siot.Ada Nasi jagung+lauk-lauk standard nye.Ade juga Nasi putih Lauk urap.ikan kering.lemak jantung pisang.sambal belacan.
Air ialah Sirap.
Desert nya taufufa /tahu panas + bubur pulut itam.
Pergh..memang masyuk.
Jeng!Jeng!Ini lah aksi camerawoman yang berjaya kami fotokan secara rahsia.
Peace..masuk opis balik..jangan marah aaaa.jhidup kan kena bergumbira....ekekekekekekek.Assalamualaikum.


Friday, January 15, 2010

ADNAN SEMPIT

Hari tu management office tempat aku bekerja nak organise kan program di mana budak2 office campur staff2 hospital tengok filem ADNAN SEMPIT ni secara beramai-ramai,dan mana ada family boleh bawa sekali.My boss nak booking satu panggung untuk kami semua tengok cerita ni.Mengapa beliau begitu teruja?Adalah rahsianya.As a reward sebab asyik kerja je kan.Sesekali kena release tension.Aku dengan fren-fren tak sabar nak pergi.


Pendapat aku cerita ni "mengalan" cerita REMPIT kot.AHahaha..Ku agak best la kot.Aku dah la ketawa macam lanun.Nanti kalau dah tengok,aku update comment plak.Last aku tengok wayang cerita Avatar yang 3d kat Curve.Sesekali tengok cerita ringan macam ni,memang boleh release tension.kan?

Classification: U – sesuai untuk tontonan semua
Genre: Comedy / Drama
General Release Date: 14 January 2010
Running Time: 1 Hour 25 Minutes
Distributor: Metrowealth
Director: Ahmad Idham
Cast: Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Julia Hana, Cat Farish, Reanna