Monday, January 25, 2010

FENOMENA ADUKA TARUNA // YANG PERLU DI PAKAI KETIKA BERKABUNG

Macam yang semua maklum,kemangkatan Sultan Johor pada hari Jumaat lepas dan issue tentang si Aduka Taruna dan tempoh-tempoh berkabung bagi seluruh rakyat Johor tak kira, Melayu,Cina dan India.Nak cerita sikit...
Sekarang ni seluruh rakyat Johor yang lelaki muslim rata-rata aku nampak pakai songkok yang di lilit dengan kain putih manakala wanita pula pakai tudung atau selendang putih dan dengar cerita ia berkuat kuasa selama seminggu.Kalau di ingat balik,pagi Jumaat minggu lepas,hujan sampai aku malas nak pergi kerja.Rupa-rupanya............

Manakala bangsa lain yang bukan beragama islam kena lilit tangan ke lengan ke dengan kain hitam atau putih.Siapa yang tak pakai,..mmm...no comment.Responsibility sendiri.

Elakkan dari timbulnya issue macam kes Aduka Taruna.Semalam aku dengan mak uda aku baca paper then terbaca pasal ni.Kelam kabut kitorang cari kat internet sayangnya dia dah delete dan blog terbarunya ialah permohonan maaf secara terbuka.Tapi boleh cari dekat fbook , ramai yang dah copy die punya statement tu..errrr......SERAM.Sampai aku tak berani nak copy dalam blog aku.
Memang tak de sebut Sultan Johor melainkan "Datuk Bendahara" , tapi dia dah buat "permohonan maaf" means betullah..pssttt...kantoi..

Aku tak nak komen apa-apa tapi korang boleh baca komen orang lain pada blog dia.Hehehehehe...Seram.Naik bulu tengkuk.Tapi memang fenomena la sebab glamour sekelip mata.

Jadi,kepada fren-fren semua kalau nak keluar,pakai la tudung putih/selendang putih even kita pergi "mamam" kat kedai belakang sekalipun.Umi aku pesan "kalau kita berbuat baik,takkan rugi sesen pun,Janji jangan kacau orang" .
Hehehee..Sayang umi.


PEACE NO WAR.~Al fatihah...~







3 comments:

  1. warga Johor yg bertanggungjawab, cayalah... walaupun i bukan org Johor, tetap terasa.. kitakan org Malaysia... Sultan kami maseh gering.. semoga cepat sembuh.. semoga Sultan Johor yg baru terus memakmurkan negeri Johor Darul Takzim.. Daulat Tuanku... salam...

    ReplyDelete
  2. Cuma UMI AKU PESAN " KALAU BERBUAT BAIK TAKKAN RUGI SESEN PUN."
    Selebihnye no comment.

    ReplyDelete
  3. ya selebih nya terpulang kepada akal fikiran dan budi bicara masing2..kita telah dikurniakan akal..so gunakan lah sebaik baik nya.. itulah yang membezakan antara manusia dengan haiwan...

    keep on writing cika..
    i sentiasa tertunggu2 entry terbaru...

    ReplyDelete