Monday, January 11, 2010

SUSU ALPHA LIPID BOLEH HILANGKAN JERAWAT?

Aku nak berkongsi sikit tentang Susu Alpha Lipid ni.Tetapi sebelum aku merepek lebih panjang,ingin aku maklumkan di sini bahawa aku adalah pengguna sahaja. 
(Aku hanya nak berkongsi faedah dan kebaikannya).




My best friend ,Green,(dia ni salah seorang geng-geng FREN aku di office) kebetulan dia part time menjual dan promote susu ni kepada aku 4 bulan lepas.Memandangkan ketika itu aku ada ulcer perut so that aku tak fikir panjang terus mencubanya.




Ulcer perut aku sembuh.Seriously.Sekarang,aku still continue penggunaan (sebab susu tak habis lagi)
TETAPI nak di jadikan cerita,aku telah sapu buih buih susu ni kat muka pada suatu hari.
Konon-konon sebagai masker.
Itupun sebab aku terbaca satu petua kat majalah,masker susu tepung boleh putihkan kulit.Yang ada kat rumah cuma susu alpha lipid je pulak.

Muka tak putih,tapi ku kira oke lah,sebab jerawat batu aku tak tumbuh lagi.Cuma jerawat kecik2 tu standard lah,yang jenis  garu dengan jari pun boleh tanggal kalau dah kering.
Sekarang ni,tinggal bekas2 jerawat je lah yang tinggal.
Pharmacist dekat office aku ni cakap,parut boleh hilang kalau kita sapu Vitamin E dan makan Evening Primrose Oil(EPO).
Memang makan masa sikit.Biar lambat asal selamat.Banyak jual kat pharmacy.

Manakala,supplement EPO akan betulkan hormon kita balik & vitamin E akan menghilangkan parut jerawat + masalah kulit yang lain.Itu pharmacist yang cakap ea.

Jerawat memang masalah biasa bagi perempuan.Tapi bila berjerawat batu,CONFIRM akan tinggal bekas or parut.Pergh!Sungguh tak boleh blah.Sebenarnya its not a big deal bila berjerawat.Tak payah nak malu sangat.Kalau ada orang tegur or kutuk senyum je.Jangan ambil hati.


SEBAB, semua orang kat dunia ni,berpotensi untuk kena jerawat 
DAN jerawat tu takkan kekal lama
JADI  jangan peduli orang yang kutuk dan cakap kosong tentang jerawat di muka kita
TAPI jika di beri petua tak salah kita cuba untuk kebaikan sendiri.
Mungkin dalam minggu ni,aku akan buat facial untuk resdung atau nama saintifiknya Sinus.Its not because of jerawat sahaja tapi untuk buang semua hama-hama yang telah aku sedut selama aku hidup.Atas nasihat orang-orang lama , guess that i have to spend sedikit untuk kesihatan.Teringin nak tengok ulat-ulat or hama-hama resdung ni keluar dari muka. Ingin aku beritahu yang semua orang di dunia ni ada Sinus ea,depends samada ia teruk or tak.
Jadi bagi yang ada masalah sama macam aku,cuba ambil susu alpha lipid sebagai supplement dan kita sama-sama buat rawatan resdung sebulan sekali.
Any progress will be updated here in my blog.

Lagi info tentang susu,
Bagi yang belum tahu,semua susu tepung dalam dunia ni kena minum dengan air sejuk or air suam-suam kuku.Yang beritahu aku maklumat ni ialah fren aku sendiri Ida.
Dia kerja satu company dengan aku cuma dia di Penawar Laboratory.Kalau salah dia,salah lah aku.Jika ada maklumat lain,sila kongsi dan beritahu aku ye.

Kata nya,susu tepung yang di bancuh dengan air panas dan di cicah dengan biskut memang sedap.Tapi segala zat dan khasiat nya akan hilang.Jadi anda nak sedap ke , nak sedap dan berkhasiat?

Jadi,semenjak dari tu aku beli je lah susu dalam kotak.Fresh,sejuk dan Yummy.(Kecuali susu alpha lipid)


Emmmmm......Bila fikir balik,seronok bekerja dengan syarikat perubatan.Banyak maklumat yang aku tau.Vitamin-vitamin.Cara pemakanan,cara diet,check blood pressure dan macam - macam lagi.

Samada nak ikut dengan tak nak je.







1 comment:

  1. Hi...
    Adalah elok kalau serius mau menghapuskan jerawat - pelajari selok-belok yg betul supaya dapat hindarkan diri dari gejala yg lebih melarat seperti kulit rosak dan jerawat semakin melarat. Info ada di:

    sebab jerawat dan cara membasminya

    Semoga dapat membantu. Trimas!

    ReplyDelete